Metal Gear Solid HD Collection Tidak Akan Dikeluarkan Untuk PS4, Lapor DualShockers
2018-02-12T07:58:21
By: Hazril Md Nor

Metal Gear Solid HD Collection Tidak Akan Dikeluarkan Untuk PS4, Lapor DualShockers

 

Tatkala ramai peminat hardcore berharap Metal Gear Solid HD Collection akan dikeluarkan tahun ini untuk PlayStation 4, Armature Studios mengatakan sebaliknya seperti dilaporkan portal DualShockers. Kenyataan ini juga menidakkan laporan beberapa portal luar negara yang mengatakan game itu dalam proses untuk dibangunkan. 

Ura-ura itu datang dari Reddit apabila Armature menyenaraikan Metal Gear Solid Hd Collection untuk keluaran PlayStation 4. Bagaimanapun, Armature mengesahkan ia hanya typo dan sudah mengemaskini laman itu bagi mengelakkan sebarang salah faham yang akan timbul seterusnya.

Metal Gear Solid HD Collection adalah projek Kojima Productions untuk PS3 dan Xbox 360. Armature Studios kemudian mengambil alih projek itu namun tidak lagi membangunkan permainan video itu sehingga kini.

Sumber: Dualshockers

TAGS

BERITA BERKAITAN

4 months ago
Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake diumumkan Koei Tecmo
4 months ago
Dream It Vol. 2: Bagaimana gaming membawa kami dari Asean ke Tokyo
5 months ago
Streamer Twitch beranak secara langsung di hadapan 29,000 penonton
5 months ago
Call of Duty kerugian RM1.26 bilion kerana Game Pass
6 months ago
Kolaborasi PlayStation dan Klook – Percutian ke lokasi inspirasi Ghost of Yōtei sebagai hadiah!
6 months ago
Wanita berpantang menang tourney Mortal Kombat sambil mendukung bayi