Streamer Twitch beranak secara langsung di hadapan 29,000 penonton
2025-10-09T05:47:49
By: Mike

Streamer Twitch beranak secara langsung di hadapan 29,000 penonton

 

Streamer Twitch dengan nama Fandy baru-baru ini viral kerana menyiarkan secara langsung proses melahirkan anaknya.

Stream kelahiran ini disiarkan secara langsung selama 8 jam di hadapan hampir 30,000 penonton.

Sebelum melahirkan anak, dia juga mengumumkan air ketubannya sudah pecah.

Fandy melahirkan anaknya di rumah ditemani keluarga, rakan dan dua bidan pakar dan menggunakan tag World of Warcraft.

Dia melahirkan seorang anak perempuan bernama Luna Rose dengan berat 3.6kg.

Foto: Fandy

Disebabkan kelahiran ini diadakan secara langsung di Twitch, chat pada ketika itu sangat tidak keruan.

Ramai tidak pernah menyaksikan kelahiran berlaku secara langsung:
(Ada chat yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia)

  • Saya pernah disini!
  • Masa untuk saya backseat kerana saya chatter Twitch hebat
  • Character creation secara langsung
  • Bayi ini langsung tidak faham susunan kandungan jadual
  • Jadi tiada World of Warcraft?
  • FINAL STAND!!!! POP ULTS AND PUSH!!!!
  • ༼ つ ◕_◕ ༽つ Fandy take our energy
  • Siapa sangka saya akan dapat melihat kelahiran anak pada jam 3 pagi di internet.

Ketika stream itu Fandy mendapatkan lebih 5,000 pengikut baharu di Twitch dengan jutaan impressions di media sosial.

Boleh dikatakan ini adalah kelahiran anak pertama di Twitch.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating