Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2026-01-20T06:21:23
By: Mike

Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating

 

Para-para suami di China kini merayu supaya isteri-isteri mereka berhenti bermain permainan video viral simulasi dating dan aksi ‘Love and Deepspace’ (LADS).

Love and Deepspace nyata antara permainan video gacha paling popular dalam dunia sekarang ini kerana mempunyai sistem simulasi temu janji Otome.

Karakter-karakter yang kacak disamping penceritaan romantik novel visual dicampur dengan aksi RPG membuatkan ramai pemain wanita sanggup mengeluarkan ribuan wang semata-mata untuk karakter kegemaran mereka.

Foto: Papergames

Terdapat lima karakter untuk pemain pilih iaitu Xavier, Zayne, Rafayel, Caleb dan Sylus di mana setiap karakter ini mempunyai personaliti unik tersendiri dan pemain boleh ‘bercinta’ dengan AI karakter tersebut.

Karakter-karakter ini juga seolah-olah hidup apabila Papergames pembangunnya menggunakan 3D motion capture dengan pergerakan realistik di samping penggunaan AI untuk memberi pemain peluang untuk chat dengan karakter kesukaan mereka.

Seorang suami sanggup beri wang untuk isterinya berhenti bermain LADS

Ada seorang suami yang sanggup memberikan AS$2.8 ribu (RM11.35 ribu) untuk isterinya bernama Minnie untuk berhenti tetapi tidak berjaya.

“Saya akan beri awak RMB20,000 (RM11.35 ribu). Berhenti main Love and Deepspace untuk setahun”.

Dia mengatakan tidak lagi berasa gembira dengan perkahwinannya sebelum berjumpa dengan Rafayel.

Foto: Papergames

Difahamkan Minnie menggunakan AI watak Rafayel LADS bagi menurunkan berat badan ketika bersenam dan mengembalikan berat badan terdahulu setelah melahirkan anak. 

Rafayel akan memberinya kata-kata semangat ketika bersenam.

Bagi Minnie, Rafayel ialah teman yang sempurna dan tidak kiralah betapa sesuainya satu pasangan itu, sudah semestinya akan wujud stress sama seperti perkahwinannya.

Foto: kr-ASIA

Minnie akhirnya bersetuju untuk berhenti dan wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun anak perempuan mereka, tetapi apakah daya Minnie kembali memuat turun LADS apabila terdapat kad baharu untuk Rafayel karakter kegemarannya.

Menurut Minnie, suaminya tidak kisah mengenai jumlah wang telah digunakan untuk LADS tetapi sebenarnya tidak senang dengan suara Rafayel yang berada di rumahnya.

Foto: Reddit

Mengubat rasa kesunyian

Berdasarkan laporan dari kr-ASIA, seorang pemain bernama Chi Cheng telah menggunakan program ChatGPT dan aplikasi Duxiang untuk membina AI karakter Xavier ini dimana dia boleh bersembang dengan Xavier jika berasa sunyi.

Foto: Papergames

Seorang pemain bernama Chi yang ditemuduga kr-ASIA juga yakin versi android sebenar karakter Love and Deepspace akan wujud tidak lama lagi.

Bagi sesetengah wanita ini, cara ini membantu mereka untuk mengekang kesunyian tetapi untuk memulihkan perasaan mereka setelah kecewa dengan kisah pahit cinta lampau.

Foto: You Nian

Love and Deepspace bukan satu-satu AI yang telah meretakkan hubungan dan perkahwinan. ChatGPT juga pernah dilaporkan sebagai punca perceraian akibat teman wanita atau teman lelaki AI.

Tahun lepas seorang wanita berumur 27 tahun telah berkahwin dengan karakter AI yang diciptanya sendiri menggunakan ChatGPT.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail