Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2026-01-21T03:18:45
By: Mike

Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser

 

Rockstar games bakal memberikan akses awal Grand Theft Auto 6 kepada seorang peminat yang sakit tenat sebelum pelancarannya pada November 2026.

Semua ini bermula apabila Anthony Armstrong seorang pembangun permainan video Ubisoft dari Toronto yang membuat satu ciapan di LinkedIn.

Foto: LinkedIn

Ciapan tersebut menceritakan salah seorang ahli keluarga rapat Armstrong sedang tenat berlawan dengan kanser.

Armstrong telah memohon kepada Rockstar Games untuk memberi peluang kepada ahli keluarganya yang sakit itu untuk bermain GTA 6. Ahli keluarga tersebut juga adalah seorang peminat tegar Grand Theft Auto.

Dia mengatakan dia akan mengikut segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh Rockstar.

Foto: Rockstar Games

Menurut Armstrong, ahli keluarganya kini dalam fasa terakhir — hanya diberikan 6-12 bulan sahaja untuk hidup dan berkemungkinan besar tidak akan sempat untuk bermain GTA 6 ketika pelancaran.

Ketua Pegawai Esekutif Take-Two Interactive Strauss Zelnick akhirnya menghubungi Anthoy Armstrong.

“Kami sudah bercakap dengan mereka dan berta baik bakal menyusul. Ini sahaja yang saya boleh cakap, terima kasih kepada semua orang,” kata Strauss Zelnick.

Ini bukan pertama kali Rockstar Games membenarkan seorang peminat mereka yang sakit tenat bermain game mereka yang masih belum dilancarkan. Perkara ini berlaku apabila studio tersebut membenarkan peminat itu bermain Red Dead Redemption 2.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati