Bato.to merupakan salah satu laman web manga,manhwa dan manhua cetak rompak terbesar kini telah ditutup selepas tekanan dari tindakan undang-undang.
Laman rasmi Discord mereka juga kini telah ditutup dan beberapa laman web mirror mereka juga telah dipadamkan.

Foto: Batoto
Bato.to mempunyai lebih kurang 100 juta pembaca bulanan menurut Similarweb.
Foto: Discord Bato
Menurut laporan dari AnimeCorner, seorang moderator Discord Bato mengatakan Bato secara kolektif bersetuju untuk memadam server kerana isu berkaitan laman web yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.
Penutupan ini boleh dikatakan sebesar MangaDex yang pernah mempunyai lebih 70 juta bulanan pada April 2025.
Kini sudah tamat era koleksi manga, manhwa & manhua yang sudah berdekad-dekad wujud, tidak lagi boleh dijumpai secara rasmi dan tidak diterjemah secara rasmi.
Ada yang menyokong dan tidak bersetuju dengan keputusan ini. Ramai merasakan walaupun laman web ini adalah laman web cetak rompak tetapi pemeliharaan digital juga adalah satu perkara yang baik.