YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2026-01-21T05:55:00
By: Mike

YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu

 

Seorang YouTuber telah berjaya membina konsol gaming unik sendiri dengan menggabungkan PlayStation 5, Xbox Series X & Switch 2.

Foto: 小宁子XNZ

Zaman ini untuk bermain permainan eksklusif anda perlu mempunyai pelbagai konsol yang berbeza.

Bagi mengatasi isu ini,  小宁子 XNZ menggabungkan ketiga-tiga konsol dan hanya perlu menekan satu butang sahaja untuk menukar jenis konsol.

PS5, Nintendo Switch 2 dan Xbox Series X digabungkan

Konsol ini sebenarnnya telah dibina dua bulan lepas, videonya kini menjadi viral apabila ramai menjumpai videonya.

Digelar Ningtendo PXBOX 5, 小宁子 XNZ telah menjumpai solusi paling mudah kerana tidak lagi mahu sering bangun dan menukar kabel untuk konsol yang lain.

Foto: 小宁子XNZ

XNZ telah menggunakan cetakan 3D custom khas berbentuk segi tiga dimana setiap komponen ketiga-tiga konsol dibuka dan dimasukkan ke dalam satu sistem dengan satu kipas baharu bagi penyejukan serentak.

Menggunakan bekalan kuasa 250W, XNZ mengatakan ia sudah cukup untuk bermain apa-apa permainan asalkan hanya satu game pada satu masa.

Dia juga telah berjaya membina dock Switch 2 khas untuk konsolnya ini.

Foto: 小宁子XNZ

Terdapat juga satu butang khas di bahagian atas konsol ini yang berfungsi khas untuk menukar jenis konsol dalam tiga saat sahaja.

Hanya satu masalah yang dihadapinya ialah PS5 dan Xbox Series X hanya boleh menggunakan versi digital sahaja kerana tiada ruang untuk memasukkan disc drives.

Nampaknya, masalah bermain game lain di konsol lain bukan isu baginya.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati