Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail
2026-01-20T02:54:54
By: Mike

Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail

 

Seorang moderator untuk salah satu subreddit paling popular di Reddit ‘LiveStreamFails’ baru-baru ini telah dibuang dari posisinya setelah mempromosikan satu program realiti bergelar ‘Million Dollar Fan’.

Pada awal tahun ini, satu program realiti ‘Million Dollar Fan’ telah mendapat promosi di ‘LiveStreamFails’ (LSF). Beberapa streamer popular dari Mythic Talent juga telah mempromosikan program ini seperti ExtraEmily.

Setelah diselidik program realiti yang dikatakan akan ditayangkan di Amazon Prime dan perfileman akan bermula pada November tahun ini. Peserta dikatakan akan tinggal di dalam rumah agam sebesar 9,000 kaki persegi selama seminggu.

Setiap streamer/creators dan peminat akan berlawan dalam pelbagai siri dan acara yang kononnya bernilai AS$20 juta (RM81 juta).

Ramai akhirnya sedar ia sebenarnya hanyalah skim penipuan setelah diselidik dengan lebih lanjut.

Foto: Million Dollar Show

Pada 13 Januari, laman web rasmi Million Dollar Fan telah hilang dan Discord mereka juga ditutup.

Kontroversi bermula di LiveStreamFails

Di LSF, moderator yang telah mempromosikan program ini turut dikecam kerana mempromosikan penipuan tetapi sebenarnya hanya seorang sahaja yang memberi kebenaran untuk Million Dollar Fan.

Ramai juga menyangka moderator di LSF, dibayar untuk membuat promosi. Salah satu moderator stale2000 mengatakan sebelum semua ini berlaku dia menyangka program itu adalah satu program yang disahkan benar dan akan terjadi.

Foto: R/LIVESTREAMFAIL

Stale2000 telah mengeluarkan satu video kenyataan yang dikatakan diemel kepada Ketua Pegawai Esekutif Reddit Spez.

Dalam video tersebut dia mengatakan Spez sepatutnya memberi lebih banyak sokongan kepada moderator dan mengatakan moderator Reddit sepatunya dilayan seperti ‘selebriti’ kerana tahap pegangan dan pengaruh mereka ke atas pelantar Reddit itu.

“Moderator Reddit mempunyai kuasa. Kami mempunyai pengaruh. Moderator Reddit mempunyai kuasa ke atas jutaan tanggapan sehari, tetapi tiada sapa mengambil endah perkara ini,” katanya dalam video tersebut.

Stale2000 juga menegaskan program ini bukanlah ‘scam’ kerana masih belum ada apa-apa bukti kukuh yang mengatakan ia adalah ‘scam’.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating