Wanita berpantang menang tourney Mortal Kombat sambil mendukung bayi
2025-09-30T09:31:11
By: Mike

Wanita berpantang menang tourney Mortal Kombat sambil mendukung bayi

 

Seorang wanita dengan anak yang baru sahaja berumur lima hari menyertai pertandingan Mortal Kombat.

Legi0n adalah seorang artis 3D dan ibu yang bermain permainan video berlawan.

Foto: Dexerto

Walaupun dengan memegang anaknya Legi0n sebenarnya adalah satu ‘buff’ besar buat dirinya.

Dia telah menyertai pertandingan Mortal Kombat Juicy Game Night di Orlando, Florida.

Lebih merisaukan, Legi0n tidak melahirkan anak secara normal tetapi telah membuat pembedahan caesarean.

Menurut doktor, Legi0n terpaksa membuat pembedahan caesarean kerana komplikasi yang boleh menyebabkan rahimnya terkoyak.

Lima hari selepas itu, Legi0n dan suaminya menyambut anak mereka di pertandingan itu dan berjaya menjadi juara Mortal Kombat XL.

Foto: Legi0n

Juara untuk pertandingan itu telah membawa pulang AS$28 (RM120) dan tiket ke DreamHack Atlanta hujung Oktober ini.

“Saya mahu berpesan tidak kira apa pun yang berlaku seseorang itu tidak sepatutnya meninggalkan perkara yang mereka suka buat, walaupun perkara itu sangat kecil,” kata Legi0n.

Legi0n mengatakan dia sangat bersyukur dengan sokongan komuniti dan pihak penganjur masih memberikannya peluang untuk bertanding.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokรฉPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail