Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake diumumkan Koei Tecmo
2025-11-13T00:24:47
By: Mike

Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake diumumkan Koei Tecmo

 

Koei Tecmo telah mengumumkan remake Fatal Frame II: Crimson Butterfly akan dilancarkan pada 12 Mac 2026.

Ini adakah pembikinan sepenuhnya untuk permainan video Fatal Frame II yang telah keluar pada tahun 2003.

Menceritakan kembar Mio dan Mayu Amakura apabila mereka telah masuk ke satu kampung terbengkalai yang dipenuhi roh-roh penuh kebencian.

Pemain akan menggunakan Camera Obscura satu kamera khas untuk menangkap dan melawan entiti supernatural.

Foto: Koei Tecmo

Foto: Koei Tecmo

Mio Amakura adalah adik yang sentiasa ceria dan sangat melindungi kakaknya. Dia menyalahkan diri sendiri kerana tragedi yang berlaku ketika kecil dahulu. Tragedi tersebut adalah apabila Mayu terjatuh satu gaung.

Foto: Koei Tecmo

Mayu Amakura adalah kakak yang senyap dan pemalu. Kakinya yang cedera kerana tragedi lama itu membuatkan pergerakannya sangat terhad. Mayu mempunyai hubungan yang kuat dengan supernatural dan dirasuk oleh satu roh yang membawanya lebih dalam ke dalam kampung itu.

Foto: Koei Tecmo

Ketika kedua-dua beradik ini berada di Kampung Minakami, Mio kini perlu mencari jalan keluar dan menyelamatkan mayu.

Remake ini akan mempunyai kemaskini terbaru untuk grafik, bunyi dan kawalan baru. Setiap model karakter dan suasana Kampung Minakami lebih mengerikan dan realistik.

Fatal Frame II: Crimson Butterfly akan dilancarkan untuk pelantar PlayStation 5, Xbox Series X, Nintendo Switch 2 dan PC pada 12 Mac 2026.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail