Call of Duty kerugian RM1.26 bilion kerana Game Pass
2025-10-07T07:41:40
By: Mike

Call of Duty kerugian RM1.26 bilion kerana Game Pass

 

Call of Duty: Black Ops 6 adalah permainan video paling tinggi jualan di Amerika Syarikat  tahun lepas.

Namun keputusan untuk memasukkan Black Ops 6 ke Xbox Game Pass membuat francais ini kehilangan ratusan juta AS dollar.

Menurut Bloomberg, seorang bekas pekerja Microsoft melaporkan penjualan Call of Duty tahun 2024 di konsol dan PC adalah AS$300 juta (RM1.62 bilion) lebih rendah berbanding tahun 2023.

82% daripada penjualan itu adalah daripada konsol PlayStation.

Foto: Battle.net

Salah satu sebab utama Microsoft membeli Activision Blizzard adalah untuk mendapatkan permainan video eksklusif di Game Pass.

Tetapi laporan Bloomberg menunjukkan pelanggan Game Pass sejak tahun 2020 semakin menurun.

Kali terakhir Microsoft berkongsi jumlah pelanggan Game Pass adalah pada Februari 2024 dengan 34 juta langganan.

Baru-baru ini Microsoft mengumumkan kenaikan harga Game Pass dimana anda memerlukan Game Pass Ultimate untuk bermain Black Ops 7 pada hari pertama.

Kenaikan harga ini pasti akan mengurangkan lagi keuntungan buat Microsoft.

Call of Duty: Black Ops 7 akan dilancarkan pada 14 November ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati