Kolaborasi PlayStation dan Klook – Percutian ke lokasi inspirasi Ghost of Yōtei sebagai hadiah!
2025-10-03T02:53:49
By: Mike

Kolaborasi PlayStation dan Klook – Percutian ke lokasi inspirasi Ghost of Yōtei sebagai hadiah!

 

Khas untuk para gamer diluar sana yang menyukai bercuti ke luar negara.

Klook dan PlayStation baru-baru ini mengumumkan kolaborasi bersama dimana pemenang bakal mendapat percutian ke semua lokasi yang menjadi inspirasi untuk Ghost of Yōtei.

Ghost of Yōtei Hokkai Tour ini akan membawa pemenang mengembara di semua tempat ikonik di Hokkaido.

Tempat yang bakal dilawati:

Gunung Yōtei 

Foto: Klook

Nama yang sama seperti Ghost of Yōtei atau dikenali sebagai Gunung Wanita dari Ainu. Tempat ini telah menjadi simbol Hokkaido dimana ia sentiasa berada di latar belakang pemandangan ketika anda bermain Ghost of Yōtei. Keindahan gunung ini bakal menjadi tempat yang wajib anda pergi ketika berada di Hokkaido.

Noboribetsu Date Jidai Mura

Foto: Klook

Ketika era-Edo, perkampungan ini sudah wujud dan menjadi sejarah yang masih hidup untuk ramai pelancong. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disitu seperti Memanah Jepun, membaling shuriken, dan memakai pakaian samurai sama seperti dalam Ghost of Yōtei.

Noboribetsu Jigokudani (Lembah Neraka)

Foto: Klook

Tempat ini menjadi inspirasi untuk kawasan kubu-kubu penuh kabus yang didiami oni (demon). Lokasi ini mempunyai landskap gunung berapi dan tebing curam yang penuh dengan cerita dahulukala mengenai kewujudan oni.

Tasik Tōya & Jalan Onsen

Foto: Klook

Tasik ini mempunyai air yang sangat tenang, kolam air panas dan mempunyai latar belakang Gunung Yōtei. Kawasan ini menjadi inspirasi untuk tempat kolam air panas yang ada di dalam Ghost of Yōtei.

Maklumat lanjut mengenai kempen dan pertandingan ini boleh dilayari di sini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Klook Singapore (@klooksg)

Ghost of Yōtei adalah permainan video eksklusif di PlayStation 5.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail