Toy Story 4 Perkenalkan Karakter Baru, Akan Ditayangkan Pada 21 Jun 2019
2018-11-13T09:37:03
By: Hazril Md Nor

Toy Story 4 Perkenalkan Karakter Baru, Akan Ditayangkan Pada 21 Jun 2019

 

Woody, Buzz, Jessie dan geng-geng mereka akhirnya kembali dalam Toy Story 4!

Dah masuk 9 tahun selepas filem Toy Story 3 ditayangkan, menyaksikan Woody berhijrah ke rumah baru mereka.

Dalam trailer terbaru, keluaran keempat ini menampilkan karakter baru, Forky.

Forky adalah karakter berbentuk sudu yang tajam dan tidak sedar dirinya adalah sebuah permainan.

“Saya tak berasal dari sini!,” suara Forky dilakonkan oleh pelawak, Tony Hale.

Sebelum ini di Wikipedia, plot Toy Story 4 menceritakan kembara Woody dan geng untuk menyelamatkan Bo Peep. Namun, ia telah ditukar. Sinopsis rasmi mengatakan “Woody selalu yakin dengan kehidupannya dan keutamaannya adalah menjaga ‘anaknya’ sama ada Andy atau Bonnie,”

“Tapi apabila Bonnie menambah satu patung baru iaitu Forky, pengembaran dimulakan bersama kawan baru dan lama untuk menunjukkan Woody betapa besarnya pengorbanan untuk sebuah patung,”

Ia akan diarah oleh Josh Cooley, yang menjadi screenwriter dan penasihat storyboard bagi filem Pixar, Inside Out. Ia akan dilancarkan pada 21 Jun 2019.

Sumber: BBC

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail