Spider-Man PS4: The Heist Bakal Lancar Pada Minggu Hadapan Termasuk Tiga Sut Spider-Man Baru
2018-10-17T09:54:57
By: Editorial Team

Spider-Man PS4: The Heist Bakal Lancar Pada Minggu Hadapan Termasuk Tiga Sut Spider-Man Baru

 

PlayStation Blog umum Spider-Man PS4 bakal mendapat kandungan cerita baru melalui peringkat pertama downloadable content (DLC) The City That Never Sleeps. Tambahan pula, Insomniac Games juga menyertakan sekali tiga sut Spider-Man baru dalam update berlainan.

The Heist adalah bahagian pertama dalam tiga kandungan tambahan DLC. DLC ini dibintangi oleh Black Cat atau nama sebenar Felicia Hardy, salah satu watak klasik dalam komik Spider-Man. Selain menjadi seorang antagonis, Felicia Hardy juga adalah bekas teman wanita Peter Parker. Saksikan trailer acah bagi The Heist di bawah:

Turut bersama dalam The City Never Sleeps adalah barisan musuh baru, cabaran baru, trofi untuk dikumpul dan tiga sut baru untuk Spider-Man. Dua daripada koleksi sut ini dilakar dari komik seperti Scarlet Spider dilukis oleh Kaine Parker dan Spider-UK dalam Spider-Verse. Terdapat juga satu kostum asal yang direka oleh artis Marvel, Gabriele Dell’Otto.

Bab pertama The City That Never Sleeps bakal dilancarkan pada 23 Oktober. Korang boleh membeli keseluruhan DLC ini dengan harga RM89 dan menunggu dua lagi kandungan cerita baru akan datang.

Bukan itu sahaja, korang boleh menantikan New Game Plus (NG+) dan Ultimate Difficulty akan datang ke dalam Spider-Man. NG+ akan membolehkan korang main kesemua jalan cerita dan aktiviti semula dengan skil, sut, gajet dan mod yang korang dah unlock.

Marvel’s Spider-Man sudah dilancarkan khas di PS4.

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail