Bulan lepas kita menyaksikan Spider-Man dari Insomniac Games ‘meletup’, digemari ramai peminat adi wira dan juga komuniti gaming seluruh dunia.
Hari ini, akhirnya tertulis yang Spider-Man merebut takhta nombor satu dari segi jualan. Lebih menarik, ia adalah permainan yang paling laris dijual bagi sebuah PlayStation exclusive dalam sejarah. Ia juga melepasi jualan God of War pada hari pelancaran dan sekarang menjadi kedudukan ketiga dari segi jualan untuk tahun 2018, hanya di belakang Far Cry 5 dan God of War.
NPD Group, syarikat pemasaran Amerika mendapati Spider-Man berjaya mendapatkan jualan 37% lebih tinggi dari Amazing Spider-Man 2 dan Spider-Man: Shattered Dimensions.
Mengikut laporan dikeluarkan syarikat ini, di bawah adalah senarai penuh permainan video yang dijual pada September:
Kita pastinya akan mendapat angka jualan yang lebih spesifik tak lama lagi.
Sumber: Comicbook