Sony Mengumumkan PlayStation Classic, Didatangkan Bersama 20 Game PS1 Popular
2018-09-19T07:01:27
By: Editorial Team

Sony Mengumumkan PlayStation Classic, Didatangkan Bersama 20 Game PS1 Popular

 

Nampaknya Sony mengikut langkah permainan retro Nintendo.

Sony baru mengumumkan PlayStation Classic iaitu sebuah konsol PlayStation pertama yang pernah terjual sebanyak 100 juta unit seluruh dunia. 

Lebih-lebih lagi, PlayStation Classic juga didatangkan bersama 20 game PS1 klasik yang masih lagi popular sehingga ke hari ini seperti Final Fantasy VII, Jumping Flash, Ridge Racer Type 4, Tekken 3 dan Wild Arms.

Kesemua game yang disertakan bersama dalam PlayStation Classic mengikut format asal cakera PS1.

Korang boleh main game PS1 nostalgik di kaca TV moden kerana PlayStation Classic dibina dengan kabel HDMI, kabel USB dan dua controller asal PS1 untuk local multiplayer.

Dari segi bentuk, PlayStation Classic bersaiz 45% lebih kecil berbanding PS1 asal yang agak gempal tapi masih lagi cukup untuk membangkitkan memori nostalgia kepada gamers yang pernah berpeluang bermain PS1 ketika dilancarkan pada tahun 1994.

Bagi yang sudah bersinar-sinar mata untuk dapatkan konsol cilik ini, korang kena cepat-cepat rembat kerana PlayStation Classic akan dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad!

PlayStation Classic akan dilancarkan di Malaysia pada hari sambutan ulangtahun ke-24 bagi PS1 iaitu pada 3 Disember 2018 dengan harga bermula pada RM429.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail