Sekuel God of War Lebih Baik, Hebat & Berbaloi Ditunggu
2018-06-06T05:34:29
By: Hazril Md Nor

Sekuel God of War Lebih Baik, Hebat & Berbaloi Ditunggu

 

God of War menunjukkan yang game pengembaraan dan single-player bukanlah satu pasaran niche tapi mendapat sambutan di seluruh dunia. Jadi tak hairanlah kalau sekuelnya dah dalam perbincangan sekarang.

Dalam persidangan Game Access baru-baru ini, environmental artist, Nate Stephens memberitahu peminat apa yang mereka boleh harapkan untuk sekuel God of War.

“Kami masih nak jadi God of War. Apa saya nak cakap sebenarnya ialah, perlawanan pertama dalam game ini yang mana anda berlawan dengan The Stranger sangatlah epik. Kesudahannya anda berdua memusnahkan persekitaran sekeliling. Bukan senang nak buat, saya sendiri perlu berusaha untuk memantapkan lagi lighting bagi perlawanan ini dan sangat susah nak siapkan.

“Jadi kalau kami ingin buat Kratos bertemu Thor atau Odin, mestinya ia perlu dilaksanakan lagi hebat dari ini. Game ini sangat bagus, tapi boleh diperhebatkan lagi. Dan semestinya, lagi besar. Kalau kita cipta game lain, ia seharus perlu jadi lebih baik dan lebih lama,”

Memandangkan game asal mempunyai replay value yang tinggi, idea di sebalik menjadikan pengembaraan Kratos lebih panjang dalam sekuel pastinya membuatkan peminat teruja.

Tapi korang janganlah harapkan sekuel dalam masa terdekat. Sony mempunyai banyak projek lain yang dalam pembangunan jadi kita mungkin akan nampak Kratos sekali lagi ketika PlayStation 5 dilancarkan nanti. Tapi pastinya, berbaloi tunggu!

God of War kini boleh dimainkan di PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail