Satu Lagi Pusat eSports Untuk Gamers – Jom Layan Tournament Di Battle Arena!
2018-02-08T06:49:07
By: Hazril Md Nor

Satu Lagi Pusat eSports Untuk Gamers – Jom Layan Tournament Di Battle Arena!

 

Gamers, ini lah masanya untuk korang train sama-sama! Bertempat di Jaya Shopping Mall, Petaling Jaya ialah Battle Arena, pusat e-sukan seluas 17,000 kaki persegi yang mampu memuatkan lebih 400 pengunjung.

Menariknya, ia turut dilengkapi gaming equipment yang high-end; 114 PC dengan spesifikasi tinggi, ruang khas untuk streamer dan bilik VIP bagi pasukan professional berlatih.

TEAM Secret hadir mencuba fasiliti dan kelengkapan disediakan. FOTO: Battle Arena

ANTARA KOL yang hadir. FOTO: Battle Arena

GAMING Peripherals yang canggih. FOTO: Battle Arena

RAKAN media yang hadir ketika majlis pelancaran. FOTO: Battle Arena

Battle Arena juga menyatakan kesediaan untuk pertandingan eSports yang akan diadakan dan syarikat itu mengharapkan kejohanan eSports bertaraf dunia mampu dianjurkan di lokasi itu.

PENGULAS, Zyori dan Danelie. FOTO: Battle Arena

LOKASI khas untuk kejohanan eSports. FOTO: Battle Arena

Pada majlis pelancarannya, Battle Arena dikunjungi Team Secret yang hadir untuk menjadi antara yang pertama mencuba gaming peripherals dan fasiliti disediakan. Turut hadir , Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.  Kamalanathan.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan merasmikan pelancaran Battle Arena

Bagi promosi, perkembangan terkini dan pertandingan akan datang, boleh rujuk laman Facebook mereka di SINI.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail