Saksikan Trailer Super Smash Bros. Ultimate, Ada Pac-Man, Mario, Zelda Dan Macam-Macam Lagi!
2018-10-25T08:56:21
By: Hazril Md Nor

Saksikan Trailer Super Smash Bros. Ultimate, Ada Pac-Man, Mario, Zelda Dan Macam-Macam Lagi!

 

Akhirnya Super Smash Bros. Ultimate melancarkan trailer baru! Kali ini penuh dengan pelbagai karakter yang menunjukkan kehebatan (skill) masing-masing. 

Korang boleh usha video di bawah. Dimulakan dengan karakter kegemaran seperti Mario, Samus Aran dan Ryu dari Street Fighter sebelum kita ke beberapa karakter lain seperti Star Wolf, Splatoon Inkling, Cloud dari Final Fantasy VII, King K. Rool dari siri Donkey Kong Country, Captain Falcon, Pac-Man dan lain-lain.

Trailer ini juga memaparkan kuasa hebat bagi seperti pancaran laser dari Ridley, kumpulan karakter Mega Man yang bergabung untuk melakukan tembakan dan Bowser gergasi menghentak kesemua orang di satu platform; dan Mario terperangkap dalam bas.

Super Smash Bros. Ultimate akan hadir ke Nintendo Switch pada 7 Disember.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail