Road Redemption Sedia Dimainkan Di PlayStation 4, Nintendo Switch
2018-11-07T03:33:53
By: Hazril Md Nor

Road Redemption Sedia Dimainkan Di PlayStation 4, Nintendo Switch

 

Road Redemption kini boleh dimuat turun di PlayStation 4 dan Nintendo Switch!

Ia adalah permainan yang seakan sama seperti Road Rash (permainan klasik yang popular pada suatu ketika dulu di PlayStation). Berbekalkan aksi ganas dan perlumbaan arked yang menghiburkan, peminat Rash perlu mendapatkan keluaran ini.

Sedikit mengenainya, Road Redemption menempatkan pemain dalam satu kembara bermotosikal merentas Amerika Syarikat. Dapatkan duit dengan menghabiskan perlumbaan, membuat serangan hendap, merompak dan banyak lagi cabaran.

Dalam keluaran ini juga, pemain boleh mengumpulkan loot untuk naiktaraf karakter, motosikal dan senjata untuk menjadi gangster jalanan yang disegani. Terdapat banyak senjata boleh didapati, kempen singleplayer yang panjang, dan boleh bermain bersama empat orang secara co-op dalam split-screen dan juga mod multi-pemain turut disediakan.

Versi di Steam juga akan memperlihatkan crossover antara Road Redemption dan Killing Floor 2. Ia adalah penambahan senjata baru dan karakter daripada Killing Floor 2: DJ Skully dan Hans Volter.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail