Resident Evil 2 Remake Adalah Third-Person, Sedia 2 Kempen Berlainan Untuk Leon Dan Claire
2018-06-12T06:20:05
By: Hazril Md Nor

Resident Evil 2 Remake Adalah Third-Person, Sedia 2 Kempen Berlainan Untuk Leon Dan Claire

 

Tadi kami melaporkan Resident Evil 2 Remake akan hadir pada Januari tahun depan. Korang pun dah usha reveal trailer di persidangan PlayStation di E3 2018 pagi tadi. Kali ini jom saksikan trailer kedua pula, memaparkan sedikit gameplay.

Dikatakan Resident Evil 2 Remake menggunakan teknologi RE Engine dan dibangunkan daripada awal untuk naratif lebih deep dan dark. RE Engine juga membolehkan Remake ini mempunyai audio yang imersif, sudut kamera over-the-shoulder seperti Resident Evil 4 dan kawalan lebih moden serta mod gameplay daripada permainan asal.

Aksi klasik, penerokaan yang lebih mencabar dan teka teki pastinya kembali. Kali ini Leon Kennedy adalah polis rookie yang disertai pelajar universiti Claire Redfield untuk mengatasi wabak zombi di Raccoon City sekali lagi. Berbezanya kali ini, Leon dan Claire akan mempunyai kempen berlainan dan korang boleh mengikuti plotnya dari perspektif berbeza. 

Penulis mula-mula rasakan Capcom akan stick dengan first-person-perspective dalam RE 7 kerana hala tuju mereka tapi nampaknya Capcom mendengar keluhan peminat yang ingin menyaksikan Leon membantai zombi tanpa dirinya diganti dengan kamera.

Buat sementara ini, Capcom belum mengeluarkan trailer terbaru mengenai gameplay Claire Redfield tapi mereka pasti akan muat naik di Youtube dan Facebook tak lama lagi. Jom saksikan trailer di bawah!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail