PUBG Mobile Akan Hoskan Kejohanan ‘Player Well Known Championship’
2018-08-17T04:17:19
By: Hazril Md Nor

PUBG Mobile Akan Hoskan Kejohanan ‘Player Well Known Championship’

 

PUBG Mobile dah agak lama di pasaran tapi baru sekarang kita dapat maklumat terbaru untuk liga kompetitif bagi permainan ini.

Pertamanya, PUBG Mobile akan mempunyai satu kejohanan dinamakan PUBG Mobile’s Player Well Known Invitational North America yang mana menyaksikan 16 streamers terkenal berentap dengan kawan dan peminat untuk mendapatkan Chicken Dinner mereka.

Jom saksikan video di bawah kalau korang nak tahu streamers mana yang mengambil bahagian ataupun layari je laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Kelayakan ini adalah sebahagian dari kejohanan utama dari PUBG Corp dan Tencent iaitu Player Well Known Championship yang mengumpulkan pemain dari enam rantau iaitu Eropah, Asia, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Jepun/Korea.

Kejohanan itu akan berlangsung dengan pusingan kelayakan, preliminaries, regional finals dan World Finals

Pemenang akan dapat menyertai skuad PUBG Mobile yang rasmi dan mempunyai akses untuk promosi bagi penstriman dan banyak lagi.

Sumber: Pocketgamer UK

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail