Tahun 2018 akan penuh dengan game yang best belaka dan Capcom tak ingin lepaskan peluang untuk turut sama membangunkan major title dan mungkin dengan menyambung siri di konsol contohnya seperti keluaran terbaru Devil May Cry.
Pengarah Devil May Cry 2, 3 dan 4 ada berkongsi ura-ura itu di Twitter miliknya dan mengatakan projek itu sudah di tahap klimaks dan hampir siap.
Happy new year!
I am sorry that I can not present a new project last year. The development of the project is now under climax. I am making a great game so please expect it.— Hideaki Itsuno (@tomqe) December 31, 2017
Khabar angin mengatakan ia berkaitan game Devil May Cry yang baru seiring dengan keluaran versi peranti pintar untuk pasaran China. Bagaimanapun, Hideaki Itsuno tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai nama game itu.
Capcom juga masih belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi pada saat ini. Tapi buat sementara, korang boleh lihat dulu apa pelan Capcom untuk francais DMC di SINI.