Pengarah Cyberpunk 2077 Berkata Ciri Dari The Witcher 3 Takkan Muncul Dalam Permainan Itu
2018-06-25T08:54:50
By: Hazril Md Nor

Pengarah Cyberpunk 2077 Berkata Ciri Dari The Witcher 3 Takkan Muncul Dalam Permainan Itu

 

Pengarah Cyberpunk 2077, Adam Badowski mengesahkan Ciri takkan membuat kemunculan dalam Cyberpunk.

Ini berikutan ura-ura berkenaan Ciri, heroin dalam The Witcher 3 yang mengatakan dirinya mengembara ke dunia dengan dimensi berlainan (sama seperti Cyberpunk untuk melarikan diri dari The Wild Hunt). Peminat membuat spekulasi yang Easter egg ini akan membawa kepada cameo dalam RPG baru ini.

Bagaimanapun, Adam berkata, beliau sangat tegas dan tak bersetuju.

“Kita bukan Kingdom Hearts. Kita tak bergabung universe, dan saya tahu ramai peminat yang ingin Ciri ada dalam Cyberpunk. Tapi saya tetap tak bersetuju. 

CEO CD Projekt Red, Marcin Iwinski, juga menyambung:

“Mungkin kamu (Adam) akan bertukar fikiran. Ada harapan sedikit di situ. Pada akhirnya, keputusan bergantung kepada pengarah yang menetapkan hala tuju permainan ini tapi kita boleh berharap,”

Sumber: Gearnuke

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail