Pembangun indie game padam game sendiri – Teman wanita sedarkan betapa teruknya GenAI
2026-01-14T07:20:56
By: Mike

Pembangun indie game padam game sendiri – Teman wanita sedarkan betapa teruknya GenAI

 

Seorang pembangun indie bernama Eero Laine yang menggunakan GenAI untuk membangunkan roguelike card game akan memadam permainannya dari Steam.

Laine mengumumkan perkara ini di Steam setelah tersedar betapa teruknya GenAI apabila diberitahu oleh teman wanitanya.

Eero Laine mengibaratkan GenAI sebagai satu aib yang memalukan untuk semua pembangun permainan video.

Permainan dengan nama Hardest ini ialah permainan roguelike card sama seperti Balatro.

Semua peralatan dan perisian AI diberikan secara percuma

“Saya membangunkan Hardest ketika musim panas tahun lepas hanya dalam masa beberapa bulan. Semua ini terdetik apabila universiti saya yang telah mencuci otak setiap pelajar untuk menggunakan kesemua perisian AI secara percuma.” katanya di Steam.

Jumlah penjanaan gambar yang boleh dijana olehnya juga tidak terhad.

“Saya akhirnya sedar GenAI bukanlah percuma dan mempunyai impak yang sangat besar ke atas kelangsungan hidup (kerja) ramai orang termasuklah ekonomi dan persekitaran,” tambahnya lagi.

Menurut Laine, dia “mengekod” semuanya sendiri dalam Hardest. Bagi masa hadapan dia akan memastikan permainan seterusnya penggunakan aset yang sebenar tanpa GenAI.

Mungkin ini kali pertama seorang pembangun permainan video memadam game sendiri di Steam kerana tersedar betapa teruknya GenAI.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail