Selepas dinafikan slot untuk ke kejuaraan dunia MLBB, M7 kerana tewas lawan TNC Pro Team di playoffs MPL PH S16, kini ONIC PH tampil lebih garang dengan berjaya melayakkan diri ke Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.
ONIC PH berjaya menewaskan juara Piala Dunia Esukan (EWC), Team Liquid PH dengan skor 3-1.
Mereka terdiri daripada Jann Solcruz (Kirk), King Cyric (K1NGKONG), Frince Miguel (Super Frince), Grant Duane Pillas (Kelra) dan Borris James Parro (Brusko).

Sukan Asia 2026 mempertandingkan esukan sebagai acara berpingat dan ia dijadualkan bermula pada September 2026.
Selain MLBB, ia juga turut mempertandingkan Street Fighter, Tekken, Pokemon Unite, HOK, League of Legends, PUBG Mobile, eFootball dan lain-lain.
Foto: Esports World Cup