Mobile Legends: Soloz Sah Tinggalkan MyA, Mulakan Karier Pemain Game Sepenuh Masa Bersama AirAsia Saiyan
2018-05-03T13:40:57
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: Soloz Sah Tinggalkan MyA, Mulakan Karier Pemain Game Sepenuh Masa Bersama AirAsia Saiyan

 

Nampaknya selepas berakhir Liga Profesional Mobile Legends (MPL), situasi kini berubah. Skuad-skuad teratas Mobile Legends kini mengalami pertukaran roster atau ahli pasukan bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Pasukan MysteriousAssassin baru-baru ini kehilangan 2ez4Jepv dan mengambil pemain baru. Kali ini, Team Saiyan pula yang akan menambah ahli baru ke dalam skuad terhebat mereka. Tak lain tak bukan ialah Mohd Faris Zakaria atau Soloz! Ya, agak mengejutkan kerana Soloz asalnya daripada skuad MyA dan kini ingin melebarkan sayap bersama AirAsia Saiyan.

“Selepas berakhirnya MPL, saya ingin terus berkarier dalam Mobile Legends dan apabila mendapat peluang untuk meneruskan kerjaya e-sukan bersama AirAsia Saiyan, saya sangat gembira. Harapan saya ialah kami dapat meningkatkan prestasi permainan dan jadi yang lebih baik dalam pertandingan akan datang,” – Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria akan berkarier sebagai pemain profesional e-sukan sepenuh masa di bawah AirAsia Saiyan.

Perubahan itu bermakna 2 ahli lain AirAsia Saiyan iaitu Fredo dan Hawkeye akan mengambil langkah ke depan dalam karier mereka. Pertamanya, Ahmad Fuad Razali (Fredo) kini bergelar kapten pasukan itu sementara Mohd Farhan Kamari (Hawkeye) pula merasakan perubahan ini adalah yang terbaik untuk pasukan ini lantas membuat keputusan untuk memfokuskan sepenuh masa sebagai Pengurus.

“Bagi menaikkan taraf permainan AirAsia Saiyan, adalah lebih baik untuk saya mengambil tugas sebagai Pengurus dan Jurulatih bagi membantu ahli ASYN meningkatkan prestasi game mereka. Dengan itu, bolehlah saya kongsi pengalaman dengan pemain muda lain yang berminat mengikuti langkah sama,” – Mohd Farhan ‘Hawkeye’ Kamari

Fredo pula mengatakan kekalahan di MPL Playoff sangat mendukacitakan tapi membuat keputusan untuk move on dan jadi lebih baik pada masa akan datang.

“Yang pentingnya, sebagai kapten baru AirAsia Saiyan, saya bertekad untuk membawa pasukan ini ke tahap lebih tinggi demi peminat, rakan dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepada kami selama ini,” Ahmad Fuad ‘Fredo’ Razali

Info pemain baru:
Pemain: Mohd Faris bin Zakaria
IGN: Soloz
Media Sosial: FB
Pencapaian terkini: Tempat ketiga dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) 
Pasukan terdahulu: MysteriousAssassin (MyA)

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail