Mobile Legends: ‘Pihak Penganjur Perlu Lebih Teliti Dalam Perkara Ini,’ – Pengurus FV MyA, Benny Teh
2018-07-03T07:18:03
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: ‘Pihak Penganjur Perlu Lebih Teliti Dalam Perkara Ini,’ – Pengurus FV MyA, Benny Teh

 

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) musim kedua menyaksikan empat pasukan hebat dari musim lalu iaitu AirAsia Saiyan, Bigetron Esports (IDNS SG), Mystic Burden (MCB) dan Flash Tyrants yang mendapat jemputan terus ke Regular Season bagi merebut hadiah terkumpul RM399,000.

Bagaimanapun, langit tak selalu cerah.

Pengurus pasukan FV. Mysterious Assassin (MyA) Benny Teh menulis status di laman Facebooknya, menyuarakan rasa kurang senang dengan kelonggaran format kejohanan itu. 

Menurut Benny, terdapat skuad Mobile Legends yang gagal ke Regular Season, tapi 2 ahli dari pasukan berkenaan diterima memasuki salah satu pasukan yang mendapat jemputan terus lalu melayakkan mereka (dua ahli tadi) ke musim liga (walaupun mereka dah kalah di pusingan kelayakan).

Benny juga menegaskan ketidakadilan kepada pasukan lain yang dah bersusah-payah bertarung di pusingan kelayakan kerana terpaksa bermula dari bawah dan 2 pemain tadi mengambil jalan pintas untuk bermain dalam kejohanan.

“Saya berharap pihak penganjur membuat keputusan betul untuk perkara ini,”

Sementara itu, Justin Nicholas Gregory atau lebih dikenali sebagai Pseudo yang juga caster dalam MPL musim pertama turut menyuarakan pendapatnya. 

“Apa saya nak katakan, dalam mana-mana kejohanan sukan, pemain berdaftar tak dibenarkan melompat antara pasukan melainkan ada masa untuk membuat pertukaran dan pembelian pemain.

“Pada waktu ini kalau ada keputusan dibuat berkenaan MyA dan roster mereka yang menyebabkan mereka tak dapat sertai Musim Kedua, jadi tiga lagi pasukan sepatutnya dah membuat roster lock.

“Pertukaran pada waktu ini (walaupun tak salah dalam peraturan) patut diteliti kembali. Mereka (penganjur) perlu mengeluarkan kenyataan untuk menjawab persoalan yang timbul,”

Pihak penganjur, eGG Network pula belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

BACA: “Kami Memang Mengikut Peraturan Dari Pihak Penganjur,” – Pengurus MCB, Anas Mohd Yusof

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati