Mobile Legends: ICON MY Layak Ke Regular Season MPL Musim Kedua
2018-07-01T10:36:04
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: ICON MY Layak Ke Regular Season MPL Musim Kedua

 

Pasukan Mobile Legends Malaysia, ICON MY kini mampu menarik nafas lega sejurus memenangi kelayakan kedua bagi kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim kedua yang mengumpulkan hadiah wang tunai keseluruhan RM399,000.

Mereka meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas We Own World (W.O.W) sebentar tadi.

ICON MY asalnya terdiri daripada pemain berpengalaman yang menyertai National Arena Contest. Mereka juga adalah pemain terbaik dunia (top global) mengikut ranking hero dimainkan.

Pengurus ICON MY, Andi Basri ataupun lebih dikenali sebagai Mr. Cocan berkata, dia teruja dan bangga dengan pencapaian ahli skuad kendaliannya itu.

“Selepas bersungguh-sungguh untuk majukan team ICON (mempersiapkan mereka untuk kelayakan MPL musim kedua ini), saya sangat berpuas hati dan begitu teruja dengan kemenangan ini.

“Pastinya saya akan memantau bagi mempersiapkan mereka untuk bertanding dengan pasukan lain yang nyata hebat belaka di Regular Season kelak. Ini termasuklah berbincang dengan kapten pasukan untuk strategi baru dan jadual latihan ICON MY,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ketika artikel ini ditulis, ICON MY adalah pasukan pertama memenangi kelayakan kedua untuk ke Regular Season MPL musim kedua yang akan berlangsung tak lama lagi.

Pasukan yang mendapat jemputan terus ialah Bigetron E-Sports, Mystic Burden (MCB), Flash Tyrants dan AirAsia Saiyan. Skuad lain ialah Saiyan Reborn dan Traitor untuk pusingan kelayakan pertama.

Skuad Mobile Legends yang mendapat tempat ketiga di MPL musim pertama, FV. MyA pula harus berentap dalam pusingan wild card untuk mara ke Regular Season.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail