Milla Jovovich Daripada Resident Evil Akan Membintangi Filem Monster Hunter
2018-05-14T06:50:03
By: Hazril Md Nor

Milla Jovovich Daripada Resident Evil Akan Membintangi Filem Monster Hunter

 

Monster Hunter akan menerima adaptasi filem tak lama lagi. Tidak mengejutkan apabila Pengarah siri Resident Evil, Paul W.S. Anderson akan mengarah dan kini Milla Jovovich pula yang akan membintangi filem Monster Hunter itu.

Variety melaporkan, filem Monster Hunter akan memasuki fasa produksi pada September dengan bajet sebesar USD$60 juta. Syarikat produksi Jerman, Constantin yang pernah terbabit dengan filem Resident Evil juga terlibat di sebalik pembikinan filem baru ini.

Penggambaran akan dijalankan di Cape Town, Afrika Selatan. Memandangkan enam filem Resident Evil yang memperoleh lebih dari USD$1.2 Bilion selama tempoh 10 tahun jadi Constantin ingin meneruskan kejayaan itu bersama. 

Dalam perkembangan lain, Constantin sedang mengusahakan reboot bagi francais Resident Evil. Sama ada sebagai filem atau siri televisyen, ia masih belum ditentukan.

Setakat ini masih belum ada plot rasmi dan tarikh tayangan bagi filem Monster Hunter tapi memandangkan Milla Jovovich akan membintangi, harapan kelihatan cerah kerana bakat pelakon itu tak perlu disangkal lagi. Dari segi latar tempatnya, mungkin ia akan dibentuk seakan filem Star Wars bermakna penciptaan dunia begitu luas dengan karakter yang menambat hati peminat.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail