Mainkan Red Dead Online Beta Malam Ini – Pelancaran Rasmi Pada 30 November
2018-11-27T02:51:42
By: Hazril Md Nor

Mainkan Red Dead Online Beta Malam Ini – Pelancaran Rasmi Pada 30 November

 

Selepas beberapa lama pemain didedahkan dengan kisah Arthur Morgan dan geng Van der Linde dalam Red Dead Redemption 2, ini lah masanya pula untuk Rockstar Games memulakan fasa beta untuk Red Dead Online.

Ia bermula pada jam 9:30 malam ini (waktu tempatan) tapi hanya terhad kepada pemilik Ultimate Edition sahaja.

Red Dead Online menggabungkan multi-pemain klasik bagi Red Dead Redemption asal. Ia menggunakan asas gameplay RDR2 dan membolehkan pemain mereka karakter dan menambah abiliti mengikut gaya permainan masing-masing.

Memancing antara aktiviti boleh dilakukan dalam Red Dead Online.

Dunia boleh diteroka secara solo atau bersama kawan-kawan. Apa aktiviti korang boleh buat? Ini termasuklah memburu, memancing, melawat bandar-bandar, melawan gang penjahat dengan menyerang tempat persembunyian mereka. Selain itu, korang boleh mencari harta karun, melakukan pelbagai misi dan berinteraksi dengan karakter dari lima negeri.

Kata Rockstar, mereka mengadakan beta ini untuk komuniti menikmati gaya permainan baru selain bantu melaporkan bugs, berkongsi pendapat bagi menambah baik pengalaman bermain dalam talian.

Walaupun beta malam ini dibuka kepada pemilik Ultimate Edition, ia turut dibuka kepada pengguna lain mengikut giliran:

Pada 28 November, semua pemain yang bermain RDR2 pada 26 Oktober saja boleh akses beta ini.

Pada 29 November, hanya semua pemain yang bermain RDR2 antara 26 Oktober hingga 29 Oktober saja boleh akses beta.

Pada 30 November pula, semua pemain yang memiliki permainan RDR2 boleh mengakses beta ini.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati