‘Kembali Atau Tidak, Bergantung Kepada Rezeki’ – Amirul ‘AmTuah’ Afandi
2018-09-23T04:01:46
By: Hazril Md Nor

‘Kembali Atau Tidak, Bergantung Kepada Rezeki’ – Amirul ‘AmTuah’ Afandi

 

Pemain profesional FIFA negara, Amirul ‘Amtuah’ Afandi mengumumkan persaraannya daripada industri e-sukan, pagi tadi.

AmTuah yang juga wakil Malaysia ke beberapa kejohanan luar negara seperti Virtuelle Bundesliga, Jerman dan SEA Major Gamestart membuat keputusan itu dengan memuat naik satu posting di Instagram miliknya.

Dalam posting itu, AmTuah mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang membantunya dalam industri. Dia juga mengumumkan persaraan daripada menjadi pemain game profesional sepenuh masa dan akan membantu industri ‘di sebalik tabir’ apabila berpeluang.

Ketika dihubungi MyGameOn, Amtuah memberitahu, dia terpaksa membuat keputusan berat itu kerana ingin mencari sumber pendapatan lain.

“Sama ada saya kembali atau tidak (sebagai pemain profesional), itu bergantung kepada rezeki. Saya berhenti pun sebab nak cari satu lagi punca pendapatan baru,”

AmTuah bagaimanapun enggan memberitahu lebih lanjut tentang apa-apa isu yang melanda kariernya.

Apa pun pilihannya, diharap AmTuah akan terus berjaya dalam apa jua bidang diceburinya. Ini bukanlah kali pertama dia membuat keputusan seperti ini jadi diharapnya AmTuah akan terus berada dalam industri ini untuk mencapai impiannya sebagai pemain profesional FIFA negara!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail