Jom Kenali Wajah-Wajah Di Sebalik Karakter Resident Evil 2 Remake
2018-07-10T10:32:03
By: Hazril Md Nor

Jom Kenali Wajah-Wajah Di Sebalik Karakter Resident Evil 2 Remake

 

Pernah terfikir bagaimana rupa model yang digunakan untuk karakter Resident Evil 2 Remake? Leon S Kennedy, Claire Redfield dan Liutenant Marvin Branagh, siapa di sebalik mereka?

Peminat menerima kejutan apabila ketiga-tiga model mengumumkan pembabitan mereka menerusi media sosial dan mengesahkan yang proses pengimbasan 3D dibuat pada dua tahun lepas. Ini adalah wajah untuk karakter ini saja dan bukannya mereka yang melakonkan segala aksi dan pergerakan.

Leon S Kennedy (Eduard Badaluta)

Eduard Badaluta mengesahkan itu adalah wajahnya menerusi satu post di Instagram, bersama beberapa gambar Leon beraksi.

Claire Redfield (Jordan McEwen)

 

you won’t find me ?

A post shared by Jordan Mcewen (@jordan.mcewen) on

Jorden McEwen pula mengesahkan peranannya sebagai Claire Redfield di Instagram. Peminat dah pun memilihnya untuk pencalonan sebagai Claire yang disahkan pada dua tahun lepas.

Lieutenant Marvin Branagh (Patrick Levar)

Wajah Marvin diambil dari pemuzik dan Youtuber Patrick Levar yang tinggal di Jepun dan melakukan pengimbasan 3D untuk Capcom tahun lepas. 

Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga aktor ini hanya menyediakan pengimbasan untuk wajah. Voice cast/motion capture masih belum diumumkan. Ramai yang menunggu siapa akan voice acting untuk Leon. Setakat ini kita tahu Paul Haddad adalah voice cast asal untuk tahun 1998, dengan Paul Mercier ambil alih untuk RE 4 dan Resident Evil: The Darkside Chronicles.

Claire Redfield pula masih mengekalkan Alyson Court sebagai pengalih suara yang rasmi. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati