God Of War Terjual Lebih 5 Juta Unit Dalam Sebulan, Menurut CEO Sony
2018-05-25T07:28:36
By: Hazril Md Nor

God Of War Terjual Lebih 5 Juta Unit Dalam Sebulan, Menurut CEO Sony

 

Selepas dilancarkan sejak 20 April, kita boleh nampak God of War baru ini menunjukkan prestasi luar biasa di pasaran. Mana taknya? Kembara Kratos bersama Atreus ini penuh magis dan pembaharuan yang meliputi mitologi Norse. Bukan itu je, kali ini banyak strategi perlu dilaksanakan dan bukan button smashing seperti dulu. Tak dilupakan juga plot yang menarik pemain untuk sentiasa menantikan apa terjadi seterusnya.

Sony semalam mengumumkan angka jualan untuk bulan pertama bagi God of War. Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, John Kodera mengatakan ia dah terjual lebih 5 juta unit dalam masa sebulan saja!

Selain itu, laporan dari SuperData mencatatkan 2.1 juta salinan dalam masa sebulan. Boleh tahan!

Ini adalah berita baik untuk Cory Barlog dan pasukannya di Sony Santa Monica, menunjukkan God of War adalah game paling laris untuk PlayStation 4. Angka ini dengan mudah mengatasi Horizon Zero Dawn dan Uncharted 4: A Thief’s End.

Kejayaan ini juga meletakkan God of War satu langkah ke depan dan standing dengan judul Pokemon lain yang laris terjual. Setakat artikel ini ditulis, pastinya God of War akan terus terjual dengan lebih banyak kerana ada hebahan di laman sosial dan permainan itu yang sentiasa menjadi buruan para streamers.

The Last of Us Part II mungkin adalah game seterusnya yang layak menandingi angka luar biasa ini. Macam penulis cakap, mungkin..

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail