God of War Menampilkan Beberapa Screenshots Dalam Permainan – Nampak Awesome!
2018-03-16T02:51:54
By: Hazril Md Nor

God of War Menampilkan Beberapa Screenshots Dalam Permainan – Nampak Awesome!

 

Sebulan saja lagi sebelum Kratos kembali mengamuk di PlayStation 4! dan nampaknya peminat dah tak sabar untuk ikuti kembaranya bersama Atreus.

Minggu ini, Sony mempamerkan beberapa screenshots untuk God of War baru dan kita boleh menyaksikan betapa cantiknya visual dalam permainan, lebih-lebih lagi apabila korang main di PlayStation 4 Pro yang dioptimumkan dalam 4K.

 

Dalam screenshot pertama, Kratos kelihatan sedang memerhatikan sesuatu. Ia seperti pokok yang mempunyai tanda seakan gold hand, membawa maksud seperti supernatural. Apa pun, dia memberikan pemerhatian yang tajam dan sedikit rasa sedih, seperti mengimbau kenangan lama. Mungkin ada flashback yang ditunjukkan di sini?

Seterusnya ialah visual persekitaran yang menunjukkan lokasi pertarungan Kratos dalam salah satu bab dalam permainan ini. Kabus membuatkan ia sukar untuk jangka musuh berbahaya yang menanti dan objek seakan pintu gerbang itu kelihatan sangat purba. Mungkin ia jatuh dengan sendiri ataupun seseorang merosakkannya?

Kratos dengan garangnya memegang perisai dan bersedia menghayunkan kapaknya ke atas musuh di depan mata. Visual di sini sangat cantik kerana pemerhatian yang diberikan kepada partikel contohnya matahari yang menyinar dan bilik yang bernyala di sebelah kanan.

Dah tentu tak lengkap game ini tanpa visual anaknya, Atreus. Dalam screenshot ini, kelihatan Kratos sedang berbual tentang topik yang penting dan serius, mungkin memberikan panduan kepada pewarisnya bagi bersiap sedia menawan objektif seterusnya. Banyak waktu mereka bersama dalam permainan video ini, jadi tak mustahil kita akan saksikan lebih banyak perbualan seperti ini.

God of War akan dilancarkan pada 20 April di PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro. Hanya sebulan dari sekarang!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati