Gameplay Untuk Rage 2 Didedahkan – First Person Dan Open World
2018-05-16T04:58:39
By: Hazril Md Nor

Gameplay Untuk Rage 2 Didedahkan – First Person Dan Open World

 

Selepas beberapa iklan acah dan reveal trailer, akhirnya Bethesda mendedahkan gameplay terbaru dari Rage 2. Dalam trailer itu, boleh disaksikan yang permainan ini menggunakan perspektif penembakan tunggal (first-person)  dengan beberapa aksi hebat berbekalkan senjata api dan buat pertama kalinya, open world.

Game yang bakal dilancarkan pada tahun depan ini mengambil latar masa selepas Asteroid menghapuskan 80% dari populasi dunia. Korang bermain sebagai Walker, Ranger terakhir untuk dunia apokalips dan satu ancaman kepada kuasa besar dunia. Karakter korang dirampas tempat tinggalnya dan dibiarkan mati mereput. Tapi ini masanya untuk korang bangkit bagi keadilan dan kebebasan.

Kuasa Nanotrite dan kenderaan dari game asal akan kembali. Dari monster trucks hinggalah gyrocopters, gunakan kenderaan tersebut untuk meneroka dunia yang baru saja dimusnahkan alam ini. Musnahkan apa saja dan mengembara di mana saja yang korang suka!

Sumber: Gamespot

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati