Fortnite Memperkenalkan Kenderaan Pertama – Troli Pasaraya!
2018-05-31T06:17:32
By: Hazril Md Nor

Fortnite Memperkenalkan Kenderaan Pertama – Troli Pasaraya!

 

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dah mempunyai pelbagai kenderaan boleh digunakan sementara pemain Fortnite masih menantikan ketibaan kenderaan pertama mereka. Tak perlulah risau, kerana dalam patch terbaru v4.3 ini, Epic Games memperkenalkan troli pasaraya sebagai kenderaan!

Tak tau sama ada mereka saja nak troll pemain tapi penambahan ini boleh dikatakan sangat menarik. Korang boleh bawa troli dan bawa seorang kawan untuk duduk dalam troli sambil menembak musuh. Mana tak seronok?

Selain itu, ia mudah dijumpai di mana-mana jadi tak ada masalah untuk korang membuat play menggunakan troli ini. Ada juga penambahan baru yang boleh korang baca:

  • Cendawan yang akan memberikan 5 shield (sehingga 100). Boleh dijumpai di kawasan berlopak atau berlumpur dan pokok-pokok.
  • Memperkenalkan ciri Voice Chat kepada Fortnite
  • Dua mod LTM: Blitz! v2 dan Teams of 20 V2
  • Pilihan untuk nyahaktif untuk Edit Mode Aim Assists yang diaktifkan secara default bagi yang memakai controller
  • Mod streamer sekarang tak mendedahkan nama korang kepada pemain
  • Blockbuster Questline kini kembali

Sumber: Fortnite

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail