Fortnite Akan Menghimpunkan Streamer Dan Selebriti Popular Dalam Perlawanan Di E3 2018
2018-05-23T08:41:15
By: Hazril Md Nor

Fortnite Akan Menghimpunkan Streamer Dan Selebriti Popular Dalam Perlawanan Di E3 2018

 

Fortnite sedang on the way ke E3 2018! Ya, korang bukan salah dengar. Epic Games hari ini mengumumkan pelan besar mereka untuk gaming show paling ditunggu-tunggu itu pada Jun nanti.

Pertamanya, Epic akan mempunyai booth Fortnite di Pusat Konvesyen Los Angeles. Dari Jun 12 hingga Jun 14, pengunjung boleh memenangi hadiah eksklusif dan makan snek. 

Tapi yang paling menarik, mereka akan adakan acara “Fortnite Celebrity Pro-Am” yang mana streamer popular akan berganding dengan selebriti bermain Fortnite. Epic menawarkan USD$3 juta untuk rebutan (tak termasuk dengan USD$100 juta yang diumumkan untuk musim 2017-2018). Hadiah wang tunai itu akan disalurkan kepada pusat kebajikan yang dipilih oleh pemenang jadi ia adalah inisiatif menarik kepada peserta.

Seramai 50 pemain profesional dan 50 selebriti akan bertanding dalam acara itu nanti. Antara pasangan yang dinanti ialah gandingan Ninja dan Marsmello, Myth dan Paul George dan Markiplier dan Joel McHale. 

Perlawanan ini akan memulakan strim pada jam 6 pagi (waktu Malaysia) 13 Jun 2018. Jadi korang perlu bangun pada waktu ini untuk menyaksikannya. Ini adalah senarai platform yang mana game itu akan distrimkan:

Twitch – FortniteGame
Youtube – Fortnite
Facebook – @FortniteGame
Twitter – @FortniteGame
Mixer – Fortnite

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail