FIFA 19: Ultimate Team Menambah Mod Baru Iaitu Division Rivals
2018-08-06T09:25:27
By: Hazril Md Nor

FIFA 19: Ultimate Team Menambah Mod Baru Iaitu Division Rivals

 

Ciri popular FIFA iaitu Ultimate Team akhirnya kembali! kali ini dengan mod baru dan sedikit perubahan untuk FIFA 19.

Mod yang dipanggil Division Rivals itu menukarkan mod musim online FUT. 

Pemain akan memainkan beberapa perlawanan awal, yang digunakan untuk menentukan rating kemahiran pemain. Dari sini, pemain akan diletakkan dalam satu dari 10 divisi berlainan mengikut tahap kemahiran, yang mana objektifnya adalah untuk menaikkan rating kemahiran dan mendapatkan kenaikan (promotion) ke divisi lebih baik seperti sistem Rocket League.

Lebih menarik, pemain boleh compete dalam pertandingan mingguan dengan pemain lain dalam sistem sama untuk hadiah dan mata ranking. Dengan kata lain, markah minggu akan menentukan rank korang, dan juga ganjaran. Ada lima rank untuk diduduki dalam setiap divisi.

Champions Points pula digunakan untuk layak ke Liga Mingguan dan diganti untuk daily knockout tourney games. Ramai yang memberi komen mengatakan untuk layak ke Liga Mingguan adalah sangat grindy

Korang boleh simpan Champion Points dari minggu ke minggu jadi kalau korang taknak main Liga Mingguan pada waktu itu, boleh simpan point pada waktu lain. Tak perlu risau dah pasal grinding.

FIFA 19 akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One, PC dan Nintendo Switch.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail