DOTA 2: Sah! Ana Kembali Menyertai OG Untuk Kelayakan Terbuka The International 8!
2018-06-04T04:17:19
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Sah! Ana Kembali Menyertai OG Untuk Kelayakan Terbuka The International 8!

 

Baru saja beberapa hari lepas kita menyaksikan pergolakan berlaku dalam OG punya lineup dan kali ini, apabila kelayakan terbuka ke The International 2018 pantas menghampiri, OG akhirnya hadir dengan roster baru; ada muka yang familliar!

Selepas Tal ‘Fly’ Azik dan Gustav ‘s4’ Magnusson meninggalkan OG yang kebetulannya tengah mencatatkan prestasi mengecewakan sepanjang Dota 2 Pro Circuit, mereka berdua menyertai EG dan meninggalkan OG dalam kekeliruan untuk mencari pemain berpengalaman. 

Bagaimanapun, tak lama sebenarnya kerana Anathan ‘ana’ Pham, tonggak utama mereka yang menyumbang kepada kemenangan dua Major iaitu Kiev dan Boston Major kini kembali! 

“Saya dah kembali! Tak sabar nak main bersama Johan dan Jesse lagi. Kami berharap dapat membanggakan peminat OG semua!”

Beberapa jam lalu, satu twit dari jurulatih yang juga pemain OG, Ceb mengesahkan lineup baru itu dan juga menambah pemain di posisi kedua iaitu TOPSON. Topias ‘Topson’ Taavitsainen adalah pemain midlane dari Finland yang pernah menjadi ahli skuad 5 Anchors No Captain.

Twit itu juga bermakna Ceb akan bermain sebagai offlane dan Jerax kekal dengan posisi 4. Notail akhirnya kembali menjadi support di posisi kelima. Ana pula akan bermain carry dan Topson sebagai midlaner. Pusingan kelayakan untuk skuad baru OG ini nampak menarik tapi pasti perjalanan mereka sukar.

Selain roster swap, mereka juga perlu mencari keserasian sesama sendiri.

Roster penuh OG:

Anathan ‘ana’ Pham – Carry
Topias ‘Topson’ Taavitsanien – Mid
Sebastien ‘Seb’ Debs – Offlaner
Jesse ‘JerAx’ Vainikka – Support
Johan ‘n0tail’ Sundstein – Hard support

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail