DOTA 2: Paris Saint-Germain Berkolaborasi Dengan LGD Gaming
2018-04-19T12:06:25
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Paris Saint-Germain Berkolaborasi Dengan LGD Gaming

 

Bermula hari ini, skuad LGD Dota 2 adalah sebahagian dari strategic partnership antara LGD Gaming dan Paris Saint-Germain.

Dua organisasi itu mengadakan sidang media di Shanghai, China awal hari ini untuk pengumuman kolaborasi itu.

“Asia adalah rantau strategik untuk PSG, dan e-sukan adalah sebahagian darinya. Kami sangat teruja untuk sekali lagi menjadi perintis sebagai kelab bola sepak Eropah pertama untuk melabur dalam arena Dota 2 di China,” – Fabien Allègre, PSG Director of merchandising & diversification.

Kredit gambar: VPEsports

PSG memasuki dunia e-sukan sejak 2016 dan mempunyai skuad League of Legends, pemain dalam Rocket League dan FIFA. PSG menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak brand awareness dan juga business value untuk kedua-dua organisasi ini. 

Masih belum pasti apa pelan mereka tapi mungkin kelab ini akan serapkan model bisnes ataupun perkenalkan struktur organisasi lebih efisien kepada LGD nanti.

Sumber: VPesports

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail