DOTA 2: Amaterasu (Okami) Mungkin Akan Hadir Ke Dota 2 Sebagai Courier, Nampak Awesome!
2017-12-06T01:49:33
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Amaterasu (Okami) Mungkin Akan Hadir Ke Dota 2 Sebagai Courier, Nampak Awesome!

 

Permainan video Okami versi remaster bertajuk Okami HD yang dibangunkan oleh Capcom dan Clover Studio akan hadir ke PlayStation4, PC dan Xbox One minggu depan (12 Disember). 

Tidak cukup dengan berita baik itu, protagonis Okami, Amaterasu akan hadir di Dota 2 juga sebagai courier!

AMATERASU muncul sebagai courier dalam Dota 2. FOTO: Capcom

Pertama kali dilihat di Steam Workshop, Amaterasu perlu mendapat undian dan permintaan yang tinggi untuk dimasukkan ke dalam Dota 2 dan setakat ini, respons diterima oleh courier itu sangat positif.

Korang boleh saksikan courier Amaterasu dalam video di bawah yang menunjukkan versi standard dan animasi ketika terbang.

Amaterasu dari Okami bukanlah courier third-party pertama yang membuat kemunculan dalam Dota 2. Coffee Stain Studios dan Adult Swim Games pernah menghantar hasil kerja courier mereka berbentuk kambing dari Goat Simulator dan Mr. Meeseeks daripada Rick dan Morty. 

Master Chocobo, salah satu item tambahan dalam Final Fantasy Type-o HD hadir ke Dota 2 pada 2015 lalu.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail