Diablo 3 Di Switch Akan Mempunyai Item Eksklusif Dari The Legend Of Zelda
2018-08-17T04:35:12
By: Hazril Md Nor

Diablo 3 Di Switch Akan Mempunyai Item Eksklusif Dari The Legend Of Zelda

 

Semalam kami melaporkan yang Diablo 3 akan hadir ke Nintendo Switch.

Hari ini Blizzard Entertainment sahkan yang Diablo 3: Eternal Collection – pakej termasuk Reaper of Souls dan Rise of the Necromancer (add-ons) akan hadir tak lama lagi dengan harga USD59.99.

Ia akan menyertakan beberapa item eksklusif Nintendo, semuanya berdasarkan The Legend of Zelda. Terdapat armor kosmetik yang diinspirasikan oleh Ganondorf, sepasang kepak yang diinspirasikan dari Majora’s Mask, potret karakter Triforce dan satu haiwan belaan baru iaitu Cucco, ayam legenda dari francais Legend of Zelda.

Bagi yang tak tahu, Diablo 3: Eternal Collection pertama kalinya diperkenalkan di PS4 yang memasukkan add-on Necromancer. Permainan lengkap dari Blizzard ini mempunyai kempen penuh, mod Adventure yang boleh diulangi, tujuh kelas karakter, themed seasons (mod lagi mencabar) – untuk pemain Switch menikmati buat pertama kali.

Saksikan beberapa screenshots untuk versi Nintendo Switch di bawah:

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati