Deadpool, X-Force Kini Boleh Dimainkan Dalam Marvel Future Fight
2018-08-08T03:42:04
By: Hazril Md Nor

Deadpool, X-Force Kini Boleh Dimainkan Dalam Marvel Future Fight

 

Netmarble, pembangun Injustice di telefon pintar mengumumkan karakter baru iaitu Deadpool dan beberapa karakter lain dari X-Force untuk permainan mudah alih Marvel Future Fight. Ahli X-Force itu termasuklah Domino, Cable dan Psylocke dengan kostum tradisi mereka.

Mereka juga menambahkan ciri baru iaitu Epic Quest untuk pemain mendapatkan Deadpool dengan mudah. Pemain boleh menaik taraf Deadpool menerusi Epic Quest itu.

Terdapat juga beberapa item tambahan untuk Deadpool dengan sistem trading token quests. Ini termasuklah naik taraf Tier-3 dan ultimate baru untuk Deadpool.

Marvel Future Fight mempunyai lebih 86 juta pemain di seluruh dunia dan penambahan Deadpool pastinya membuatkan permainan mudah alih ini terus dimainkan untuk beberapa lama.

Korang dah boleh download permainan ini di iOS dan Google Play.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail