Counter Strike: GO Memperkenalkan Kembali MP5
2018-08-16T07:04:50
By: Hazril Md Nor

Counter Strike: GO Memperkenalkan Kembali MP5

 

K&M submachine gun (SMG) yang juga dikenali sebagai MP5 dalam Counter Strike kini kembali dalam Counter Strike: Global Offensive!

Valve mengumumkan dalam kemaskini terbaru hari ini. Sebelum ini MP5 boleh dijumpai dalam mana-mana permainan CS kecuali CS:GO.

Dalam CS:GO, ia dikenali sebagai MP5-SD dan hadir dengan silencer yang diintegrasikan. Di Counter Strike blog, senjata ini dkatakan memberikan lebih kelajuan pergerakan tapi mengorbankan kuasa serangan dan ketepatan ketika bergerak.

Ia sebagai alternatif untuk MP7, SMG yang menggantikan MP5/K&M SMG dalam CS:GO.

Sekarang pemain boleh mencuba senjata baru ini dalam mod offline dan server deathmatch dan casual. Bagi yang tak tahu, MP5 ini adalah inspirasi daripada senjata Heckler & Koch MP5-N dari dunia sebenar. Ia menjadi pilihan pemain dalam Counter-Strike dan Counter-Strike Source kerana lebih murah, lebih tinggi kadar serangan (fire-rate) dan kurang recoil.

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail