Capcom Risau Jika Resident Evil 2 Remake Tak Disukai Peminat
2018-08-08T08:41:25
By: Hazril Md Nor

Capcom Risau Jika Resident Evil 2 Remake Tak Disukai Peminat

 

Capcom mengumumkan yang mereka sebenarnya sedikit risau dengan respons peminat untuk Resident Evil 2 Remake.

Pengarah Pemasaran Capcom Eropah, Antoine Molant mengatakan walaupun mereka dah membangunkan permainan video yang baik, tapi kerisauan tetap ada memandangkan peminat akan menyaksikan beberapa perubahan termasuk ketiadaan sudut kamera tetap (fixed cameras).

“Itu kerisauan kami sebenarnya. Kami tahu akan ada yang berharap untuk permainan ini, dan ia akan menjadi antara terbaik. Tapi untuk ciri seperti tank controls dan sudut kamera tetap, kami risau ada yang suka dan ada yang tak. Walaupun ada yang tak suka, keputusannya sangat positif sekali,”

Walaupun Capcom menggunakan pendekatan berlainan untuk sudut kamera, over-the-shoulder adalah yang terbaik. Kalau Resident Evil 2 dijual dengan baik, mungkin keluaran lain akan menerima remake juga. Peminat pun dah menunggu jika RE 3: Nemesis akan menerima penambahbaikan sama.

Sumber: Screenrant

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail