Capcom Akan Mengeluarkan 2 Permainan Video Terbaru Tahun Ini
2018-05-14T06:27:09
By: Hazril Md Nor

Capcom Akan Mengeluarkan 2 Permainan Video Terbaru Tahun Ini

 

Monster Hunter World terjual dengan begitu tinggi dan mungkin itu membuatkan Capcom tergerak hati untuk mempunyai pelan lebih besar tahun ini dengan memperkenalkan 2 judul game terbaru.

Menurut Capcom, dua permainan video ini akan dipasarkan di seluruh dunia dan bukan judul eksklusif untuk Jepun saja. Ini adalah perancangan Capcom untuk meluaskan pengaruh mereka. Setakat ini masih belum pasti game apa yang dijangka itu.

Walaupun Mega Man 11 dijadualkan dikeluarkan tahun ini tapi rasanya bukan game yang dijangkakan menurut laporan kewangan Capcom.

Mereka sudah pun memegang nama francais yang besar antaranya Street Fighter, Mega Man, Resident Evil, Devil May Cry, Dead Rising, Ace Attorney dan juga Monster Hunter. Ada kemungkinan juga Capcom sedang mengusahakan Resident Evil Revelations 3 ataupun Resident Evil 2 Remaster. Tapi berkemungkinan juga ia adalah standalone title dan bukannya remaster atau sambungan dari francais lain. Kita hanya perlu tunggu!

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail