Call of Duty: WWII Adalah Game Konsol Paling Laris 2017, Melepasi Jualan Destiny 2
2017-12-21T01:30:13
By: Hazril Md Nor

Call of Duty: WWII Adalah Game Konsol Paling Laris 2017, Melepasi Jualan Destiny 2

 

Apa yang menarik untuk tahun 2017? Semestinya game paling hangat dikeluarkan di pasaran seperti Persona, Playerunknown’s Battlegrounds, The Legend of Zelda, Resident Evil 7, Horizon Zero Dawn dan lain-lain.

Tapi jangan lupa jugak game FPS seperti Call of Duty: WWII dan Destiny 2 yang sentiasa dinantikan komuniti gamers sejak tahun lepas. Tapi kita masih samar-samar dan tak tahu yang mana antara dua ni mendapat jualan tertinggi.

Hari ini, Activision menamatkan teka teki dengan mengesahkan bahawa takhta itu menjadi milik Call of Duty. Laporan dari mereka mengatakan jualan game Call of Duty: WWII dah melepasi AS$1 Billion sejak dilancarkan. Fuhhh gila hebat!

Pencapaian ini juga menandakan hasil jualan game konsol paling laris di Amerika Utara. Dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Activision, Eric Hirshberg memberi tanda penghargaan kepada komuniti.

“Sudah 9 tahun kami berjaya mengekalkan reputasi sebagai francais konsol game nombor satu di Amerika Utara dan kami berterima kasih kepada peminat di atas sokongan anda semua. Terima kasih juga kepada unit dan team kami di serata dunia yang berjaya merealisasikan impian hari ini,” 

Bagi kategori remaster collection untuk PlayStation 4 pula, ia dimenangi oleh Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarah kategori itu.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati