Black Ops 4 Battle Royale Mungkin Akan Memperkenalkan Zombi
2018-08-27T10:28:50
By: Hazril Md Nor

Black Ops 4 Battle Royale Mungkin Akan Memperkenalkan Zombi

 

Call of Duty: Black Ops 4 akan mula beta untuk mod Battle Royale iaitu Blackout bagi pemain PS4 bermula 10 September ini.

Apabila ia live nanti, peminat boleh belajar lebih banyak mengenai peta, mekanisme dan macam-macam lagi. Buat sementara ini, makin banyak info nampaknya tertiris dan ini termasuklah pengenalan kepada zombi!

Spekulasi ini dibuat oleh pengguna Youtube, The Wew Lads dan ini mungkin maklumat pertama mengenai mod Battle Royale ini. Jika spekulasi ini betul, Blackout akan memaparkan beberapa peta Zombi klasik ke dalamnya termasuk Verruct, dan di sinilah pemain akan bertemu dengan rakan mereka yang juga undead.

Selain itu, maklumat tertiris mengatakan mod ini menyokong sehingga 100 pemain dan bukannya 60 seperti khabar angin. Ia juga mengatakan pemain boleh melompat ke bahagian lain dalam peta seperti dalam PUBG dan Fortnite, menggunakan wingsuit dan payung terjun.

Walaupun begitu, korang jangan mempercayai 100% informasi ini. Anggaplah ia hanya spekulasi semata-mata. Tapi Treyarch sendiri mengatakan zombi akan muncul dalam Blackout cuma tak tahu bila. 

Beta ini akan mula pada 10 September di PS4 dan permainan penuh pada 12 Oktober.

Sumber: Gamerant

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail