BioWare Memperlihatkan Demo Anthem Di Acara EA Play – Nampak Gempak!
2018-06-09T20:30:15
By: Hazril Md Nor

BioWare Memperlihatkan Demo Anthem Di Acara EA Play – Nampak Gempak!

 

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, EA Play akan memperkenalkan maklumat lebih lanjut mengenai Anthem – permainan tembak-menembak seakan Destiny pada 22 Februari.

Video daripada EA ini menunjukkan demo Anthem yang boleh dimainkan pengunjung EA Play. Empat pemain meneroka kawasan yang menunjukkan raksasa besar meninggalkan telur. Mereka kemudiannya terserempak dengan raksasa besar dan huduh yang perlu ditumpaskan secepat mungkin.

Penerokaan dunia ini dikatakan dengan terbang dengan Javelin (power armor). BioWare mengatakan ada empat jenis iaitu: Ranger, Colossus, Interceptor dan Storm. Setiap satunya mempunyai kekurangan dan kekuatan.

BioWare juga mengesahkan korang boleh mendapatkan kosmetik dan barangan lain, tiada loot boxes dan bukannya pay2win!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail