Bandai Namco, Aardman Bekerjasama Untuk Game Baru Bertemakan Perang Dunia Pertama
2018-04-26T04:19:28
By: Hazril Md Nor

Bandai Namco, Aardman Bekerjasama Untuk Game Baru Bertemakan Perang Dunia Pertama

 

Dengan adanya banyak permainan video bertemakan peperangan yang tergolong dalam kategori aksi, ada juga yang memfokuskan kepada impak dramatik berbanding aksi. Sebagai contoh, Valiant Hearts: The Great War.

Baru-baru ini, Bandai Namco ada mengumumkan mereka sedang membangunkan game baru yang menunjukkan sisi lain Perang Dunia Pertama, dinamakan 11-11: Memories Retold yang akan dikeluarkan di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Bandai Namco bekerjasama dengan beberapa developer termasuk DigixArt, developer dari Perancis yang pernah membangunkan projek Lost In Harmony dan Aaardman, studio yang dikenali dengan projek animasi stop-motion termasuk Wallace dan Gromit. Dan juga.. Early Man.

Walaupun masih belum ada maklumat tentang plot, ia akan memfokuskan lebih kepada drama. Pengasas Aardman, Dave Sproxton ada berkata, “Mendekati penonton dengan jalan cerita menarik menerusi animasi adalah objektif kami selama ini di Aardman. Dengan projek ini, kami ingin menerbitkan satu pengalaman yang mempunyai rasa emosi luar biasa dengan karakter yang mampu memukau perhatian pemain bagi memahami makna di sebalik perang yang tercetus,”

Tapi plot hanya sebahagian dari permainan. Seperti yang korang lihat, stail seni yang ditunjukkan dalam iklan acah ini dibuat dengan begitu teliti. Korang boleh saksikan di bawah.

Walaupun iklan acah ini tak menunjukkan banyak mengenai kandungan dalam permainan tapi Bandai Namco mungkin ada pelan lebih besar yang akan didedahkan kemudian terutamanya dari aspek gameplay. Ia mungkin mengisahkan penduduk yang perlu mengharungi kehidupan seharian di medan perang. Sangat menyayat hati jika memori itu diceritakan kembali.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati